Bahagian-bahagian Najis
A) Najis Mukhaffafah
Najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum
sesuatu selain daripada susu ibunya (susu yang dicampur dengan gula atau tepung itu hukumnya seperti yang
selain dari susu).
B) Najis Mutawassitah
Najis pertengahan yakni selain daripada najis mukhaffafah dan najis mughallazah. Najis
mutawassitah terbahagi kepada dua:
- Najis ainiyyah – najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat) seperti kotoran daripada haiwan.
- Najis hukmiyyah – najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat) seperti air kencing yang sudah kering.
C) Najis Mughallazah
Najis berat seperti anjing dan babi serta keturunannya dan barang-barang yang diperbuat
daripadanya.
No comments:
Post a Comment