cara menyucikan najis

CARA MENYUCIKAN NAJIS




Cara menyucikan najis mughallazah ialah dengan dibasuh sebanyak tujuh kali. Sekalidengan air tanah (air yang dicampur dengan tanah yang suci). Kemudiaan dibasuh dengan air mutlak sebanyak enam kali ditempat yang terkena najis sehingga hilang ain, bau dan rasanya. Jika najis itu tidak hilang walaupun  telah dibasuh  beberapa kali, maka prosesnya hendaklah  diulang sehingga tiada kesan najis tersebut.
Proses ini dinamakan samak, atau sertu.




                                          CARA MENYUCIKAN NAJIS MUGHALLAZAH






Najis mutawasitah

1) Hilangkan dan bersihkan ain (benda) najis itu terlebih dahulu. Pastikan bau, warna dan rupa najis itu hilang sepenuhnya. Jika warna atau bau najis sangat sukar dihilangkan, ia boleh dimaafkan tetapi jika rupa (aini) najis itu masih kelihatan, ia tidak boleh dihukum suci (najis tidak terangkat).

2) Kemudian jirus atau lalukan air mutlaq (air paip) ke tempat yang terkena najis itu sekali sahaja.

Perhatian:-

** Dalam mensuci najis, air mesti datang kepada najis.

** Jangan rendam benda yang terkena najis ke dalam air kerana air itu akan menjadi air mutanajis yang tidak boleh mensucikan.

** Jangan gunakan air musta'mal (tadahan air wuduk) kerana ia tidak sah dibuat bersuci.

** Mensuci najis tidak perlu niat atau bacaan-bacaan tertentu.





Najis Mukhaffafah
  • Hendaklah dihilangkan najisnya terlebih dahulu 
  • Rejis dengan air mutlak pada seluruh tempat yang terkena najis
  • Jika tiada najisnya memadailah direnjis dengan air mutlak diseluruh tempat yang terkena najis
CARA-CARA MENYUCIKAN

No comments:

Post a Comment